Segala aspek kehidupan ini  bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana  hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah  Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah  yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah  jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur,  Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa  diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan  mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati  dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,  penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"  sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu  sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali  mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri  sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok  belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum  tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci  otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,  bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang  disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga  keesokan harinya
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan  perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu  kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang  mengumpat.
 **Mudah-mudahan ianya penjadi panduan yg berguna buat kita  semua... InsyaAllah...
Jumaat, 4 Jun 2010
Langgan:
Ulasan (Atom)
 
